PROLOG
Awira ambil sebatang
jarum peniti dan segulung benang yang disembunyikan di dalam bajunya . Dia
mengeluarkan kedua-dua benda itu sambil tersenyum sinis dan matanya mencerlung
bulat.
“Kau
nak buat apa dengan jarum dan benang tu?” tanya Sofi panik.
“Aku
nak jahit mulut kau lah. Biar kau tak boleh bercakap lagi. Selama ni kau dah
cukup banyak bercakap, sekarang aku nak diamkan kau pulak. Biar kau bisu. Biar
kau cacat seumur hidup kau"
“Tenang,
tenang Awira. Tenang. Istighfar banyak-banyak. Aku tahu aku yang salah. Cuma
tolong jangan buat aku macam ni. Kita kan roommate.
Aku tahu kau cuma bergurau kan sekarang ni. Jangan buat ya, Awira,” rayu Sofi
dengan air mata tak berhenti-henti mengalir.
“Roommate? Kau kata aku roommate kau? Kejap. Kejap. Kau mana
ada roommate Sofi. Kau berangan ni.
Hi..Hi..Hi..”
Tiba-tiba
saja, satu batang jarum peniti masuk ke tepi bibir Sofi dan dicucuk dengan
sedalamnya sehingga rasa sakit itu mampu buatkan tempurung otaknya rasa macam
berkecai. Dia cuba untuk menjerit tetapi mulutnya ditutup dengan tangan kiri
Awira.
Teronta-ronta Sofi sekali lagi untuk lepas
daripada Awira. Tetapi dia tidak berjaya. Dalam esak tangis, dia melihat satu
batang jarum peniti lagi sedang menuju ke tengah bibirnya pula. Sofi hanya
mampu melihat sahaja Awira melakukan kerjanya.
“Kau
fikir aku tak kenal kau, Sofi? Aku tahulah kau tak pernah anggap aku ni kawan
kau. Kau tak pernah pun anggap aku ni penting dalam hidup kau kan, celaka!”
Peniti dimain-mainkan antara jari telunjuk dan jari hantu.
“Janganlah
menangis. Aku kan sayangkan kau. Kalau kau menangis, nanti aku kasihan. Ala.
Sikit aja. Tak sakit pun.” Awira bersuara perlahan, dan dikeluarkan lagi empat
batang jarum peniti menggunakan sebelah tangan kanan.
Sofi
mengeleng.
Jangan.
Jangan.
Jangan!!!
2 ulasan:
Alaaa tamat ni je... :'( baru je suspense...
teruskan mengikuti yee. sya akan update seminggu sekali..
Catat Ulasan